UMNO tak Rasis!


Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, didakwa berkata, orang Cina adalah pendatang yang menumpang di Malaysia dan oleh itu mereka boleh mengharap mendapat layanan sama rata.

Ini di petik dari laporan www.malaysiakini.com. Kenyataan ini telah di bantah oleh UMNO sendiri sebagai bukan suara UMNO. Pemuda DAP (Dapsy) telah membuat laporan polis di Perak, Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Tindakan membuat laporan polis juga di buat oleh MCA dan Gerakan.

Datuk Ahmad Ismail memberitahu bahawa beliau tidak akan memohon maaf walaupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbuat demikian.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Ini merupakan reaksi pertamanya sejak tercetusnya kontroversi itu minggu lalu, ekoran ceramahnya sewaktu pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh yang didakwa telah menyinggung perasaan masyarakat Cina negara ini.

Menurut Ahmad, beliau tidak berkata atau melakukan sebarang kesalahan, dan oleh itu, tiada sebab baginya untuk memohon maaf.

Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar khas di bangunan Umno Pulau Pinang Sabtu ini berhubung isu tersebut.

Sidang akhbar itu akan diadakan selepas mesyuarat badan perhubungan Umno negeri yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sambil menafikan bahawa kenyataannya itu berbaur perkauman, Ahmad berkata, beliau berkawan dengan orang Cina dan India sejak kecil lagi.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak pernah dan tidak akan menjadi seorang yang bersifat perkauman.

Ahmad turut mengecam laporan media yang menuduh beliau mengelak daripada bertemu dengan wartawan dan jurugambar yang menunggunya di luar balai polis Seberang Perai Pusat di Bandar Baru Perda sejak dua hari lalu.

“Saya tidak minta mereka tunggu. Jadi mengapa mereka tuduh saya lari dari mereka?” soalnya.

Ahmad telah memberi kenyataan di balai polis negeri di Georgetown malam tadi, ekoran beberapa laporan yang telah dibuat terhadapnya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(B) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara minimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

6 Responses to “UMNO tak Rasis!”

  1. Hmmm……kalau parti cahuvinis spt DAP bersuara nak kuburkan DEB, reaksi lain pula, tapi bukankah itu pun berbau perkauman? Hipokrit sungguh.

  2. poyo la mamat ni!!!

  3. nasib baik yang cakap tu puak2 dungu umno, kalu pembangkang yang cakap 40 hari 40 malam media penjilat umno akan tibai.

  4. Pembangkang memang Rasis.. klu benda kecik suka diperbesar2kan. Ambik contoh di Permatang Pauh jer.. kat situ kita dapat lihat siapa sebenarnya pembangkang. Kaki pukul, kaki raba, bikin kecoh. Bila ramai kaum mulala nak tunjuk hero, ngan orang tua dan kaum perempuan berani la nak tunjuk samseng..pirah !!! RASIS

  5. betul tu cicakman …pkr (parti kaki raba ) ..parti gengster punya .

    bila cina persoal hak keistimewaan org melayu ,kontrak sosial ,forum memeluk islam ..oo senyap sahaja ,kenapa tak tangkap2 puak2 ni kerana mereka juga timbul isu perkauman ..ni bila kes ahmad ismail satu malaysia riuh kata UMNO racist sedangkan media cina sndiri yg putar belit kenyataanyan . satu lagi hairan kenapa suratkhbar lain tiada pun ,the star ke ,nstp ,siasah.. nampak sgt mereka ada agenda sndiri ..

  6. yang raba kat kelab malam yang kecoh ari tu pembangkang ke?
    Puak UMNO memang bodoh sampai kiamat.

    kata p. ramlee alif min nun wau = sarkis memang puak sarkis tak de otak

Leave a Reply