Terserlah agenda Dr Fuad Zarkashi

Oleh Pejuang Cyber

Dr Fuad Zarkashi mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk bulan Disember 2008. Beliau yang baru mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Batu Pahat tanpa bertanding merasakan ini masa terbaik untuk mencuba mempertingkatkan politiknya dalam UMNO ke peringkat pusat.

Inilah sebenarnya agenda sebenar Dr Fuad yang begitu lantang mendesak Perdana Menteri untuk mengundurkan diri dari jawatan Perdana Menteri. Hampir semua yang mendesak Perdana Menteri untuk mengundurkan diri punya agenda tersendiri dan punya jawatan yang mahu digapai. Dr Fuad , ingin bertanding MKT, Mukhriz mahu bertanding Ketua Pemuda UMNO , Muhiyuddin Yassin mahu bertanding kerusi timbalan presiden atau presiden. Tengku Razaleigh mahu bertanding kerusi presiden parti Dr Khir Toyo mahu menyelamatkan kerjaya politik beliau dan mahu bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Apa bila Dr Fuad Zarkashi mengumumkan untuk bertanding sebagai ahli Majlis tertinggi maka lengkaplah sudah gambaran kerangka agenda-agenda mereka yang mendesak agar Perdana Menteri meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri. Bila kita singkap kembali kelantangan mereka ini , kita telah dapat membaca bahawa mereka ini ada kepentingan diri sendiri kerana tahun ini adalah tahun pemilihan
pucuk kepimpinan UMNO. Sesuatu perlu mereka lakukan untuk melonjakkan nama mereka untuk membuka mata ahli UMNO dengan medesak presiden UMNO meletakkan jawatan adalah satu perkara yang paling berani yang dilakukan oleh ahli UMNO.

Mereka cuba menangguk di air yang keruh .Mereka ini sepatutnya perlu bertanya kepada diri sendiri , apakah bukan mereka juga sebahagian dari punca ketidak cemerlangan UMNO . Apakah telah mereka lakukan untuk mebangunkan UMNO selain dari mahu merumitkan keadaan UMNO yang ketika itu berada dalam keadaan rumit. UMNO hari ini semakin pulih dan semakin kebah dan rakyat telah dapat memikirkan dan menilaikan siapakah mereka yang memijak UMNO ketika UMNO sedang jatuh tersungkur.

Leave a Reply