Shabery dakwa PAS Kelantan hipokrit

Kerajaan PAS Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata ini kerana mengikut sejarah, kerajaan PAS Kelantan telah mempertikaikan penggabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.

Malah, katanya kerajaan Kelantan PAS pernah membawa kes ke mahkamah kerana mempertikaikan penggabungan tersebut, tetapi kes itu ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 14 September 1963.

“Nasib baik mahkamah telah menolaknya, kalau tidak mungkin Malaysia tidak akan terbentuk seperti yang ada sekarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menyatakan bahawa Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.

Ahmad Shabery berkata adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau PAS Kelantan yang menentang usaha Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu dapat dilupakan begitu sahaja.

Katanya adakah orang seperti Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak mengisytiharkan cuti pada masa tersebut.

“Janganlah hanya untuk mendapatkan ’secalit perhatian’ dalam permainan politik, mereka sanggup menjadi hipokrit dengan menyatakan persetujuan cadangan menjadikan 16 September sebagai hari cuti umum.

“Jangan juga hanya kerana untuk mendapatkan mata dalam permainan politik, mereka lupa akan sejarah dan pendirian mereka suatu ketika dahulu,” katanya.

5 Responses to “Shabery dakwa PAS Kelantan hipokrit”

  1. mu sabri panadai benar kecek,baru ni berbuih doh mulut duk tengking dgn DSAI,tak serik lagi ko?

  2. kerajaan kelantan bukan saja hipkrit tetapi bodoh

  3. #
    malasfikir on September 23rd, 2008 at 12:28 am

    kerajaan kelantan bukan saja hipkrit tetapi bodoh <—- bodoh² dia org pon,cadangan 16 september dijadikan cuti umum,akhirnya diterima pakai oleh Kera-jaan Pusat!Pesal la cadangan org bodoh diterima yer?Ni sape yg bodoh ni?ehek!~

  4. #
    malasfikir on September 23rd, 2008 at 12:28 am

    kerajaan kelantan bukan saja hipkrit tetapi bodoh <— hipkrit tu sama mcm kueh semprit ke?ke mcm hiphop tuh?arh..lantak.. malasfikir

  5. Mulut anda busuk la Shabery!Air liur tu..ishh…selalu minum arak ke?Aku tanya je ni,bukan tuduh ye.Kalau tak minum,bagus la..alhamdulillah.Pak Mertua aku kirim salam kat ngko.Kereta lawa skang nampak..ehek.tkpe,rezeki kan,balun je la,apa kesah,Aku pon bukan kesah pon.Ish..busuk nye..

Leave a Reply