Rugikah minta maaf?
Oleh Fuad Rahim
KETUA Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail cukup popular sekarang. Walaupun dia tidak sepopular Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang dan ‘pasangannya’ Azmin Ali, tetapi serangan
beberapa parti komponen BN dan pembangkang terhadap kenyataannya, menyebabkan dia ‘menjadi orang yang cukup popular’.
Ketika Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf bagi pihak Ahmad, masih ada pihak yang kurang berpuashati. Mereka mahu Ahmad sendiri membuat permohonan maaf secara terbuka.
Najib ketika bercakap bagi pihak Umno secara terbuka memohon maaf terhadap kenyataan tersebut dan berharap orang bukan Melayu tidak terlalu terganggu dengan kenyataan Ahmad yang disifatkan Najib bersifat peribadi.
Serentak dengan itu, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meminta Ahmad tampil membuat penjelasan kerana apa yang dikatakan Ahmad, terhadap orang-orang Cina di Malaysia kurang disenangi pelbagai pihak, khususnya Gerakan dan MCA.
Kata Ahmad, dia tetap berpegang teguh dengan pendiriannya tidak akan meminta maaf walaupun diminta pelbagai pihak.
Apa yang pelik, mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad tampil dalam blognya, www.chedet.com mempersoalkan mengapa orang Melayu sering dituntut memohon maaf sekiranya mengeluarkan perkataan dan catitan yang boleh ditafsirkan sebagai perkauman.
Menurut Ahmad, walaupun dia menghormati permintaan Perdana Menteri, dia tidak perlu berbuat demikian kerana yakin tidak bersalah seperti yang didakwa.
Ahmad didakwa berkata pada 25 Ogos 2008; “masyarakat Cina hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama.”
Sebenarnya Dr.. Mahathir tidak perlu campur urusan Ahmad ini kerana beliau seharusnya lebih focus kepada isu-isu lain yang lebih penting. Ahmad sebagai seorang anggota parti, suka atau tidak dia terikat dengan Perlembagaan dan peraturan.
Apabila kenyataannya menyebabkan parti menghadapi masalah, Ahmad sebenarnya tidak akan kerugian apa-apa kalau patuh ke atas arahan pucuk pimpinan, walaupun Ahmad mendakwa banyak mendapat sms dari rakan-rakan yang menyokong pendiriannya itu.
Jika Dr. Mahathir sekali pun masih menerajui parti, beliau sendiri tidak akan mahu menghadapi masalah-masalah seperti ini bagi menjamin rasa hormat menghormati sesama anggota komponen.
Sebenarnya Ahmad tidak perlu mengeluarkan kata-kata sedemikian, walaupun bukan niatnya untuk menghina sesiapa, tetapi apabila ia sudah dijadikan isu dan salah faham, maka Ahmad perlulah berjiwa besar dengan memohon maaf apa yang disalah tafsirkan.
Bak kata pepatah, mengalah bukan bererti kalah. Untuk apa Ahmad mahu menegakkan kenyataannya itu, akibatnya kita sesama sendiri dalam komponen BN akan bertelagah?
Persefahaman yang sudah terjalin sekian lama perlu dijaga dan dibaja. Apa yang Dr. Mahathir sebutkan bahawa memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri United Kingdom yang berunsur perkauman dan bersifat hasutan bukan sesuatu yang perlu orang-orang Melayu tiru.
Penghinaan Wee Meng Chee terhadap Bendera Malaysia dan lagu Negaraku walaupun mengecewakan orang-orang Melayu tetapi ia bukanlah sesuatu yang perlu dilawan dengan kenyataan-kenyataan keras dan tidak mendatangkan faedah.
Langkah Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Tun Hussein memohon maaf kerana menimbulkan salah faham isu mengucup keris perlulah diambil sebagai contoh bahawa kita orang-orang Melayu tidak sanggup berbalah hanya kerana isu kecil, yang menyebabkan pembangkang akan mengambil kesempatan.
Dalam sebuah negara berbilang bangsa, sebenarnya memang ada orang-orang Melayu sendiri yang lebih ektrim membela bangsa lain kerana mahu mengejar populariti
Paling ketara sekarang, beberapa pemimpin Pas bukan sahaja boleh duduk sepentas menyerang kepimpinan Umno dan BN, malahan mereka ketika berdakap (Mohamad Sabu dan Guan Eng) pasti akan menyerang Umno – kononnya DAP lebih membela Melayu dari Umno.
Malahan, Mohamad Sabu berkali-kali meminta sejarah negara ditulis semula bagi memadamkan peranan Umno dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Bapa Kemerdekaan.
Malahan, Anwar sendiri berkali-kali mengatakan negara ini bukan Umno yang punya – sedangkan tiada seorang pun pemimpin Umno menjerit membuat dakwaan mengatakan Malaysia dipunyai oleh Umno.
Semua cakap-cakap ini, termasuk apa yang disentuh Dr. Mahathir sebenarnya tidak lain dari mahu ‘menyerang Pak Lah’ yang tiba-tiba menjadi musuh mereka. Pak Lah masih belum menyerang Dr. Mahathir walaupun Dr. Mahathir sudah menyerang Pak Lah sejak empat tahun lalu.
Begitu juga dengan Anwar, ketika dia menyerang Pak Lah dengan pelbagai isu, termasuk menggunakan media cetak milik partinya, namun Pak Lah tidak membuka mulut lagi memburuk-burukkan Anwar walaupun Pak Lah yang pernah menjadi Menteri Dalam Negeri, tahu banyak aktiviti terang dan gelap yang dilakukan Anwar.
Begitu juga Mohamad Sabu yang kini menjadi Naib Presiden Pas, menggunakan pentas-pentas ceramahnya untuk menyerang Pak Lah selain kenyataan demi kenyataan dalam Harakah, belum sekali Pak Lah membalas balik.
Jesteru, Ahmad Ismail diharapkan tidak termakan permainan politik pembangkang dengan ‘ingkar’ permintaan Pak Lah dan Najib yang lebih mementingkan keharmonian kaum dari politik sempit perkauman.
Mudah-mudahan, Ahmad akan dapat bertemu Pak Lah dan Najib untuk membuat penjelasan, selain bersedia mendengar nasihat dari dua pemimpin utama negara ini.
Ketika Ahmad merasakan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan, dia juga perlulah mendengar nasihat Perdana Menteri, seorang pemimpin yang memang selama ini cukup dihormati oleh Ahmad kerana keikhlasan, kejujuran dan lembah-lembut orangnya.
Ahmad tentunya boleh melakukan!




A Tribute to RPK For Your Dreams. (Suatu Penghormatan kepada RPK atas Impian Mu)
———————————————————————–
The latest news about RPK in Malaysiakini and Malaysia Today, that he would be detained under the ISA have moved me to dedicate this speech by one of the great Freedom Fighters in the world, Martin Luther King Jr. ” I Have a Dream” to him.
(Berita terbaru tentang RPK di Malaysiakini dan Malaysia Today, bahawa beliau akan ditahan dibawah ISA telah mengharukan hati saya untuk mendedikasikan ucapan oleh seorang Pejuang Kebebasan Dunia, Martin Luther King Jr. bertajuk “Saya ada Impian” kepada beliau.)
Let us reminiscent over it at http://patek1472.wordpress.com
(Marilah kita mengenangkan tentangnya di http://patek1472.wordpress.com )
ISH2 Macam mana ko boleh sokong Pak Lah..ish2 musykil