Rakyat Perlu Bersyukur
PEMBENTANGAN Bajet 2009 pada Jumaat lalu merupakan satu lagi usaha kerajaan yang dilihat prihatin akan kesempitan rakyat dalam menghadapi situasi ekonomi yang makin mencabar. Selaku rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur dengan pelan yang dibentangkan oleh kerajaan dalam membela nasib rakyat. Biarpun ada suara-suara sumbang yang mempertikai kerasionalan strategi kerajaan tersebut, namun, harus diingat setiap dasar yang dirangka untuk kepentingan umum dan mungkin
tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak.
Penantian kakitangan awam berkaitan dengan bonus terjawab juga akhirnya dengan pengumuman sebulan bonus atau minimum RM1,000. Diharap hadiah ini dapat dijadikan pemangkin kepada kakitangan awam berusaha meningkatkan kualiti kerja mereka selaras dengan aspirasi kerajaan memperkasa perkhidmatan awam. Kakitangan awam seharusnya menyedari bahawa setiap imbuhan yang diberikan oleh kerajaan datangnya daripada wang rakyat. Kini tibalah masanya kakitangan awam berkhidmat dengan lebih bersemangat selaras dengan matlamat rakyat dan negara.
Bajet prihatin merupakan ungkapan yang tepat kerana jelas bajet kali ini mencakupi semua aspek yang dijangka akan memacu pertumbuhan ekonomi dalam jangka pendek dan panjang. Peruntukan yang besar dalam sektor pendidikan menunjukkan kesungguhan kerajaan menjayakan dasar pembangunan modal insan yang mampan. Perhatian yang diberikan oleh kerajaan ini sewajarnya dioptimumkan oleh para pelajar dan guru bagi memartabatkan sistem pendidikan negara supaya kualiti pendidikan negara selari dengan pembangunan negara.
Keikhlasan
Perhatian dan peruntukan yang besar ke atas Sabah dan Sarawak mungkin akan dipolitikkan kelak oleh mereka yang buta prinsip ekonominya. Sewajarnya Sabah dan Sarawak layak menerima bantuan yang besar selaras dengan keperluan kedua-dua negeri tersebut. Usaha kerajaan menghapuskan kemiskinan tegar dan membantu para petani juga dilihat sebagai keikhlasan kerajaan membantu golongan tersebut.
Bajet 2009 juga merupakan bajet yang seimbang di mana golongan kurang upaya (OKU) turut menerima perhatian sewajarnya. Peranan kerajaan dalam mempromosikan dan memperkasa pengangkutan awam juga dilihat mampu meringankan beban rakyat dalam situasi kenaikan bahan api global dalam jangka panjang.
Bajet ini diharap akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Tidak sewajarnya segelintir pihak mempersoalkan keikhlasan kerajaan membantu rakyat. Mungkin akan ada suara yang hanya tahu membangkang tanpa memperlihatkan usaha membantu kerajaan dalam memajukan system pentadbiran negara.
Kerajaan sebagai pemegang amanah rakyat dalam hal ini telah sedaya upaya mengagihkan kewangan negara dan menyamaratakan agihan ekonomi. Kita sebagai rakyat sewajarnya meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja sebagai balasan kepada apa yang dikurniakan.
Mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan bajet yang dibentangkan tetapi jelas mesej kerajaan tersebut akhirnya akan membuatkan semua rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan makmur.
Biasanya rakyat akan bertanyakan ”lihat apa kerajaan boleh bagi dalam bajet” dan kini kita telah menerima. Waktunya kini kita pula member kepada negara apa yang sewajarnya kita berikan melalui kesungguhan bekerja, peningkatan kualiti kerja dan tenaga yang terdaya demi kemajuan negara.
Terima kasih kerajaan kerana memberi perhatian kepada rakyat. Ayuh rakyat Malaysia semua kita membantu memajukan ekonomi negara dan memperkukuhkan lagi perpaduan demi kesinambungan agama, anak bangsa dan negara.




Pak Lah menambah duka kami dalam Bajet 2009.Saya dapati tiada kebaikan untuk rakyat.Kalau ada pun bil elektrik percuma.Zaman sekarang mana ada orang pakai elektrik bawah RM20.
Rakyat sedang menderita sekarang
Tun kembali kepada Umno, paklah kata kena tunggu mesyuarat MT dulu, sengaja melambat-lambatkan kemasukan Tun.Padahal Tun adalah orang yang menghidupkan semula Parti yang memberi kududakan perdana menteri kepada Abdullah sekarang ini.
starbilo pak lah bantu orng yg miskin… mungkin kau yang kuat membazir guna letrik sampai beratus-ratus ringgit. tp bil umah aku rm19 jer.. so bulan ni aku x pyh byr bil
koloq aku tau pasai apa bil hang rm19..kipas hang pakai jenis betry,lampu kadang-kadang hang pakai yg jenis isi minyak gas,kadang-kadang pelita.ayak hang takung besen jek tunggu ayak ujan kan kan ….bagus lah hang nie.Tapi dunia dah maju…zaman dah berubah dol!
Ermmm…kadangkala kasihan dengan dia nie sebab sedaya upaya dia mahu menunjukkan dia masih berkuasa dan pandai tetapi kenyataannya adalah sebaliknya. Dia malah tidak layak pun untuk menjadi ketua kampung jadi macamana pulak terpilih jadi PM!!!
Lihat apa yang pernah dia buat dan apa hasilnya;
1. Bebaskan DSAI lebih awal - akhirnya makan diri sendiri.
2. Bebaskan tahanan ISA - kemudian TERPAKSA tahan yang lain pula.
3. Naikkan harga minyak sampai RM2.70 - terpaksa pula beri rebat. Dah beri sebahagian rebat kemudian terpaksa turunkan semula harga minyak!
4. Kononnya media lebih bebas - 3 akbar utama sekarang terima surat tunjuk sebab.
5. Kata harga minyak di kaji setiap awal bulan - masa pilihanraya Permatang Pauh di kaji lebih awal.
6. dan banyak lagi….penat nak tulis