‘Owner’ baru Man City buat kejutan beli Robinho, Chelsea gigit jari

Robinho pecah rekod bayaran perpindahan tertinggi EPL

MANCHESTER: Manchester City mengatasi Chelsea apabila berjaya mendapatkan khidmat penyerang Brazil Robinho apabila kelab itu bersetuju membayar Real Madrid sebanyak AS$58.5 juta (RM200 juta).

Bayaran tersebut merupakan rekod bayaran tertinggi perpindahan pemain di Britain.

Robinho telah berulang kali mengatakan keinginan untuk meninggalkan liga Sepanyol dan beraksi di Chelsea.

Namun akhirnya City, yang telah diambilalih oleh peniaga dari Asia Barat kelmarin, membuat tawaran lebih lumayan untuk khidmat pemain berusia 24 tahun itu.

Berikutan Madrid enggan menjual Robinho kepada Chelsea kerana hubungan dingin antara kedua-dua kelab, City telah mencapai persetujuan perjanjian pada hari terakhir pasaran perpindahan pemain kelmarin. / AP

Leave a Reply