MB Selangor kurang ciri humanis?

SAYA berasa sangat sedih dan terganggu dengan pernyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang beranggapan kononnya beliau tidak perlu ‘turun padang’ demi meninjau keadaan mangsa rebut dan situasi setempat dengan alasan bahawa perbuatan demikian tidak berfaedah dan hanya membuang masa beliau dan wang ringgit.

Anehnya, kalau pihak lain dapat berbuat demikian dalam usaha memikat hati rakyat, saya tidak mengerti sama sekali bagaimana seorang pembesar yang justeru dilantik oleh rakyat supaya dapat memperjuangkan nasib rakyat sampai tergamak berpendirian dan berpemikiran demikian.

Memang tidak dapat kita nafikan bahawa kehadiran beliau bersama kakitangan yang diperlukan tentu sekali memerlukan perbelanjaan tambahan yang barangkali Khalid anggap berada di luar bajet yang sudah ditaksirkan sebelum ini. Maklumlah, ribut itu bukanlah sesuatu yang dapat kita faktorkan dalam budget planning.

Namun demikian, sikap Menteri Besar itu menyalahi sedikitnya dua aturan: Pertama, dalam setiap perancangan perbelanjaan negara atau wilayah, perlulah ambil kira hal-hal yang di luar jangkaan. Oleh itu peruntukan kewangan bagi perbelanjaan ‘luar biasa’ sudah sememangnya telah dibuat sebelum ini.

Kedua, Khalid tidak boleh mempertimbangkan segala sesuatu dalam bentuk kewangan atau material. Turun ke lapangan untuk meninjau nasib mangsa bencana alam adalah suatu pertimbangan budi bicara. Ia menampakkan tahap kepekaan seseorang serta perasaan keprihatinan terhadap nasib dan kepahitan orang lain.

Tidak perlu bicara wang. Cukup sekadar meninjau atas dasar peribadi, sikap insani, menjalin silaturrahim, serta usaha membantu sesama manusia yang dilanda bencana. Ciri-ciri humanis seperti ini adalah gambaran budi pekerti seseorang yang bersifat manusiawi, Islami, ke-Melayu-an, serta ke-Malaysia-an. Lebih ketara lagi, sebagai seorang Menteri Besar, beliau memang dituntut supaya bersikap peka terhadap keluh-kesah dan nasib rakyat.

Kalaupun Khalid berhalangan untuk turun padang, seharusnya dan setidaknya beliau memberi alasan yang enak didengar rakyat. Namun, sayang sekali, pertuturan Menteri Besar Selangor tidak lain hanya
mempertontonkan sikap keangkuhan peribadi beliau serta melambangkan ketidaklayakan beliau sebagai seorang Menteri Besar.

ROSLAN ABDUL RAHIM
Brooklyn, New York

5 Responses to “MB Selangor kurang ciri humanis?”

  1. Memang tak berakal langsung la Menteri Besar Selangor ni… Tin Kosong!

  2. Telalu berusaha untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu… Memperlihakan kepimpinan pembangkang yang hanya mementingkan pangkat dan nama dari membantu rakyat.

  3. Dia ni tak pergi sekolah ke?

  4. inilah hasilnya bila kita lantik orang marah sebab mereka pernah diketepikan satu masa dulu.

  5. Tp Menteri Besar Pahang rasa nya lagi tak “humanis”,ada lagi video nya kat youtube sedang menunjukan isyarat lucah.Menteri Besar Pahang ni dari parti mane ye?

Leave a Reply