MB Perak diminta jangan ketepi kepentingan orang Melayu

Badan Perhubungan UMNO Perak meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin supaya tidak mengetepikan kepentingan orang Melayu dan Islam walaupun negeri itu diperintah pembangkang.

Setiausaha Kerjanya Datuk Hasbullah Osman berkata tindakannya meluluskan 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah persendirian Cina menjadi tanda tanya apabila kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar dari parti Pas itu gagal melihat kepentingan untuk membantu orang Melayu selepas negeri itu diperintah pembangkang.

Hasbullah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Temenggor dalam Parlimen Gerik berkata Mohamad Nizar perlu memikirkan kepentingan orang Melayu walaupun tindakan meluluskan tanah itu bukan satu kesalahan.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan bubur lambuk kepada masyarakat Islam di Pekan Pengkalan Hulu petang semalam.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin menyatakan kekesalan dengan tindakan kerajaan Perak berhubung perkara itu dan meminta Menteri Besar itu bersikap adil dalam membantu rakyat.

Beliau berkata rakyat akan menuduh kepimpinan negeri terutama Menteri Besar tidak tahu mentadbir negeri dengan hanya membantu satu pihak dan mengabaikan pihak lain.

One Response to “MB Perak diminta jangan ketepi kepentingan orang Melayu”

  1. Saya amat berterima kasih pada MB Perak kerana berbesar hati meluluskan tanah untuk pembangunan pendidkan yang tak mengira kaum & bangsa. Satu langkah yang amat berkesan untuk Ketuanan Rakyat Malaysia.
    Tapi amat dukacita kerena ada segelintir yang mengutuk bahawa tindakannya tidak adil hingga meminggirkan sesuatu kaum. Cuba fikir balik selama 50 tahun bawah pemerintahan BN, kaum mana yang dipinggirkan? kaum mana yang mendapat peruntukan yg banyak untuk pembangunan dari segi pendidikan, ekonomi dan sebagainya..Tapi apabila MB Perak cuma meluluskan tanah untuk kaum Cina bagi pembangunan pendidkan, atau cuma sebahagian kecil daripada project negeri yang memanfaatkan rakyat semua kaum, tercetus pula contraversi yang mengatakan MB Perak menjaga kepetingan satu pihak saja..
    Jangan kita menuduh sesuatu yang buruk apabila belum nampak hasilnya. Saya rasa MB Perak ada satu perancangan yang amat berkesan bagi mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara satu kaum..
    Cuma tanya balik BN yang memerintah perak selama 50 tahun itu, apa yang telah dilaksanakan oleh mereka untuk semua kaum termasuk kaum Melayu? Adakah nasib kaum Melayu dibela atau betul betul mendapatkan hak keistimewaan yang seharusnya mereka memperolehi? Atau cuma orang “Atasan” dan kroni2 BN yang menyaji keenakan hak itu.Fikir and renung balik, sekiranya BN betul betul melakukan tanggungjawab mereka terhadap rakyat..tak mungkin PKR dapat mengambil kuasa pemerintahan dalam negeri itu.. Sedarlar wahai manusia yang masih jerumus dalam lautan gila kuasa dan harta… Kepentingan rakyat adalah tanggungjawab MP selama selamanya.

Leave a Reply