Khalid dakwa turun padang buang masa

KLANG 6 Sept. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

“Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan kepada mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. “Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

“Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini.

2 Responses to “Khalid dakwa turun padang buang masa”

  1. khalid Ibrahim ini mempunyai rekod yang cukup buruk semasa menjadi tokoh koprat di guthrie dan sime darby. Bank Islam bangkrap kerana dia tidak membayar hutang dan kes ini masih belum selesai. Sungguh rakus. Sekarang menipu tanah dgn teresa kok dan azmin di selangor.

  2. Macam mana la pihak pimpinan tertinggi PKR boleh melantik dia nie jadi MB Selangor???… satu soalan yang perlu dibahaskan dan dijawap… Lepas satu… satu lagi tindakan dan jawapan yang bodoh diberikan… alasan pun tak wajar sekali diberikan oleh seorang yang bergelar Dato’ Seri…

    Kalau alasannya ramai orang akan ikut dia kalau dia turun dan ianya membazir… tak payah la turun ramai orang… ada ke undang-undang yang memerlukan menteri besar turun kena ramai orang???… apa punya pemikiran da…

    ini la owang kata… pandai tak boleh ikut dan bodoh tak boleh diajar…
    dan tak lupa juga kepada semua owang selagor yang telah mengundi parti pembangkang… harap sekarang nie korang boleh berbangga dengan MB kowang semua…

Leave a Reply