Jangan bersikap Erogan walaupun tidak bersalah
Oleh Abang Mahmor
Hari mula-mula gempar orang Cina mula marah dengan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dikatakan telah membangkitkan isu perkauman kerana menyebut orang Cina hanya menumpang di negara ini, memang saya pun mengeleng kepala tetapi tidak percaya begitu sekali Ahamd yang sudah begitu lama bergelumang dalam politik.
Tetapi apabila beliau membuat sidang akhbar dan terbit dalam kaca TV menerangkan kedudukan sebenarnya yang hanya satu akhbar Cina sahaja yang memetik kata-kata Ahmad ketika beliau berucap di Permatang Pauh, ternyata satu kekeliruan dan salah faham telah berlaku antara wartawan akhbar tersebut dengan kenyataan Ahmad.
Akhbar Cina bukan satu. Kalau tak silap ada empat atau lima terbitan. Kalau betul Ahmad berkata sepertimana yang disiarkan, pastinya akhbar Cina lain tidak akan lepas peluang meletupkan perkara sama. Dan apatah lagi akhbar-akhbar luar negara yang turut berada memantau dan merakamkan semasa kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini. Ingat! Dalam media pun ada wartawan yang bermain politik menyokong pihak yang mereka suka.
Yang jadi masalahnya mengenai bahasa dan penyampaian yang disalah tafsir. Apabila Ahmad mengatakan beliau sedang menceritakan pasal sejarah yang bermula dengan pendatang dari negara-negara seperti China dan India, perkara ini tidak siapa boleh menafikan. Oleh kerana wartawan berkenaan yang membuat liputan itu tidak faham sejarah atau mungkin tidak faham Bahasa Melayu, maka tanggapannya tidak serupa dengan yang lain.
Dek kerana satu akhbar Cina menyebut benda yang tidak betul, apakah kita perlu gahkan sampai macam dunia ni dah nak terbalik? Begitu juga sepertimana kata Tan Sri Koh Su Khoon, tidaklah kerana Ahmad Ismail seorang, Gerakan nak keluar dari Barisan Nasional. Kedua-dua perkara ini ada kaitan dan sesungguhnya benar.
Yang tidak cantiknya dalam menjelaskan isu ini ialah ketika Ahmad Ismail sendiri yang nampak tidak rasional. Semua orang yang menonton TV malam itu nampak dari air mukanya beliau marah dan menunjukkan wajah yang tidak berpuas hati. Tidak salah kalau dikatakan Ahmad begitu jelas nampak terbawa-bawa sikap erogan yang rakyat sedang pertikaikan dari kalangan UMNO hari ini. Beliau tidak perlu bertegang leher, tunjuk muka marah walaupun di belakangnya penuh dengan penyokong.
Lagi satu perkara ialah apabila Ahmad menyebut walaupun pemimpin tertinggi yang bermaksud Pak Lah sendiri menasihatkan beliau supaya meminta maaf bagi mereda dan memadam kisah sejemput itu, beliau tidak endahkan. Beliau kononnya tetap dengan pendiriannya tidak akan minta maaf. Apalah ada dalam maaf pada orang Melayu. Lainlah kalau orang bukan dari darah Melayu tulin. Memang budaya kita minta maaf walaupun tidak bersalah. Kita mewah dengan memohon maaf.
Orang nak mati minta maaf, orang mahu meninggalkan negara terutama ke Mekah minta maaf, orang nak keluar rumah pun ada yang masih minta maaf, hari raya kita minta maaf walaupun tidak bersalah pun. Itulah yang terkandung dalam ciri-ciri Melayu tulin.
Begitu merendah sekali, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib cepat-cepat telah memohon terlebih dahulu bagi pihak UMNO dan meletakkan persoalan itu kepada Ahmad sendiri sebagai kenyataan peribadi sebelum ia diperjelaskan dengan betul. Walaupun Pak Lah kata hentikanlah polimik ini, tetapi ini satu peringkatan kepada pemimpin Melayu yang belum lagi menunjukkan kematangan dalam menangani sesuatu masalah terutama tentang sensitiviti kaum-kaum lain yang sekarang ini sudah lain macam nampaknya.
Orang Cina dan India pun satu hal. Terlalu payah mahu menerima hakikat bahawa kita ini hidup dalam satu rumpun perpaduan dan telah pun mendapat pengiktirafan bagaimana kita boleh hidup aman damai sekian lama bersama tanpa sebarang masalah besar. Apakah mereka yang mampu tidak boleh membeli harta di negara ini? Apakah ada orang bukan Melayu yang kebulur tak makan di mana-mana sudut di Malaysia? Adakah mereka dilarang berniaga, di larang beranak, dilarang buat tokong atau kuil di negara kita ini? Apakah kerajaan menyekat kaum Cina dan India berulang alik ke negara masing-masing dengan bebasnya?
Dalam segi ekonomi hari ini, merekalah yang lebih menyerlah dari orang Melayu sebenarnya. Ada kalanya dalam perniagaan, Melayu pulak yang macam merempat. Orang-orang Melayu pula lebih suka bekerja dengan Cina dengan taatnya daripada bekerja dengan bangsa sendiri. Apakah itu tidak cukup lagi dengan kaedah tanpa menyekat mana-mana pihak untuk melakukan apa yang mereka mahu?
Kalau masalah keistimewaan orang Melayu yang baru mahu bertatih untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain dari segi pembangunan ekonominya menjadi masalah besar, apalah ertinya persefahaman yang dicapai 51 tahun lalu itu menjadikan Perlembagaan Persekutuan mahu kita lebur begitu sahaja?
Ahmad Ismail tentunya mahu menyampaikan semua maksud ini dalam ucapannya yang telah disalah anggap oleh hanya seorang wartawan. Tetapi cara beliau menanganinya tidak steady. Beliau tidak menunjukkan hormat kepada ketua dan tidak langsung cuba merendah sedikit dari sikap yang orang sudah tidak suka dengan wajah dan cara garang. Contohilah Pak Lah dan Najib hari ini. Mereka berdua begitu tenang dan merendah sentiasa. Tidak menunjukkan reaksi marah pun bila berdepan dengan rakyat.
Walhal, macam-macam orang kata mereka berdua. Malahan Pakatan Rakyat kalau boleh mereka cepat-cepat mahu tumbangkan mereka bersama BN dalam pelbagai usaha yang rakyat sendiri tidak berkenan dengan cara mereka mengusik perasaan rakyat hari ini. Tetapi mereka berdua tidak marah-marah. Mereka cuma bertenang dan memberi jaminan rakyat Malaysia akan selamat dan sejahtera di hari ini dan di hari depan kalau kita semua bersatupadu dalam ertikata muhibbah yang sekian lama dipupuk.



Ala, dia saja jer cari pasal waktu tengah panas ni. Cuba nak dapat perhatian.