Ekonopolitik

Kekuatan sesebuah Negara amat bergantung kepada daya saing atau kemantapan ekonomi sesebuah Negara tersebut. Ekonomi sesebuah Negara itu akan membetuk kestabilan politik Negara berkenaan atau politik Negara akan menentukan kesetabilan ekonomi sesebuah Negara. Mana yang harus diutamakan? Ekonomi atau politik?

Ekonomi sesebuah Negara amat bergantung kepada daya saing barangan yang di ekspot bagi menghasilkan pendapatan dari luar. Pendapatan ini di terima dalam bentuk USD dan kemudiannya ditukarkan kepada Ringgit. Selain pendapatan dari segi kos dan harga jualan barangan berkenaan akan dikenali sebagai keuntungan. Nilai tukaran wang antara USD ke Ringgit juga akan mendatangkan keuntungan sekiranya harga yang ditetapkan pada kadar tukaran yang lebih rendah berbanding dengan kadar tukaran apabila keuntungan ditukarkan. Ini dinamakan sebagai “Exchange Profit” atau keuntugan dari tukaran wang asing.

Sila klik di gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Berdasarkan carta di atas kita boleh lihat dimana ringgit mula lemah berbanding USD pada sekitar bulan Mei 2008 dan trend meningkat ini berterusan sehingga bulan Ogos 2008. Adakah ini menunjukan bahawa kuasa beli Ringgit berbanding USD berada pada tahap yang lemah atau ianya dibiarkan lemahkan bagi meningkatkan keuntugan dari hasil ekspot Negara? Mungkin, kerana kadar tukaran wang sesebuah Negara adalah berdasarkan permintaan dan pernawaran oleh pembeli dan penjual. Adakah ini bermakna pelabur-pelabur asing menjual ringgit mereka dipasaran tempatan untuk keluar dari melabur di Malaysia? Ini juga merupakan satu kemungkinan yang tidak boleh disangkal.

Kita perlu sedar pelabur-pelabur asing ini melabur bagi mendapatkan keuntungan dan kemudiannya akan di bawa pulang ke Negara mereka. Jadi dengan kata lain mereka akan melabur di Negara-negara yang mempunyai berisiko rendah dan menguntungkan. Ada pepaptah inggeris yang mengatakan bahaya “High risk, high return”, yang membawa maksud sesuatu perlaburan itu sekiranya menguntungkan selalunya mempunyai risiko yang tinggi. Tetapi dalam konteks Malaysia yang selama in mempunyai kestabilan politik dimana ini memberikan jaminan bahawa politik bukanlah dianggap sebagai risiko sekiranya melabur di Malaysia. Tetapi semua itu sudah berubah, bermula dari pilihanraya umum ke-12 tempoh hari hingga ke hari ini, kestabilan politik Malaysia mula diragui.

Di sebelah pihak merupakan sebuah kerajaan yang telah berkhidmat lebih dari 50 tahun dan telah berjaya membangunkan Malaysia dan disebelah pihak lagi sebuah kerajaan yang menjanjikan kelainan dan memberi janji akan memberikan harapan yang baru. Ini dilihat sebagai satu era yang belum pernah berlaku didalam sejarah Negara ini. Apa yang bakal berlaku agak sukar untuk diduga pada masa kini dan apa yang mampu yang dilakukan hanya tunggu dan lihat. Selagi semua ini masih menjadi tanda tanya maka selama itulah keadaan ekonomi Negara berada pada tahap yang membimbangkan.

9 Responses to “Ekonopolitik”

  1. So ekonomi kita dalam bahaya la… Menakutkan

  2. Apa yang nak ditakutkan… macam biasa jer… kat Malaysia ni, kalau terjadi apa2 pun pada ekonomi negara, sekejap je… rakyat malaysia sudah biasa hidup dalam situasi ekonomi yang berubah2…

  3. Its a global phenomenon. However, any global recession will mean change in govt pronto. its happening everywhere. Thailand, Malaysia might just fiollow.

  4. Tak paham la cerita ni.

  5. Tak paham? Gi balik bukak buku ekonomi sekolah menengah tingkatan 4.

  6. Mengapa kerajaan tidak mengukukan lagi nilai ringgit supaya kuasa beli rakyat meningkat?

  7. Cakap senang la!!! lu pikir la sendiri. soalan bodoh!!

  8. Mana ada solan bodoh bai… Orang nak tanya… kalau tak tau nak jawab cakap la tak tau… Kau yang BODOH… Paham.

  9. merapu la artikel ni! apa la punya website

Leave a Reply