Bukan Rakyat tak Sayang BN,tapi…..

Oleh : Pelita Hati

Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, ramai yang merasakan bahawa rakyat telah menolak Barisan Nasional. Namun hakikatnya ia bukan begitu, Rakyat sebenarnya mahu

menghantar mesej kepada Kerajaan bahawa mereka mahukan perubahan, Baik Melayu, Cina, India mahupun Bumiputera di Sabah dan Serawak.

Rakyat kini berasa tersisih akibat perhatian yang lebih diberikan kepada ahli-ahli parti politik berbanding rakyat. Rakyat mahu Kerajaan ingat bahawa selain ahli parti yang bernaung bawah parti-parti sahsiah dibawah Barisan Nasional ini, sebenarnya ada puluhan juta lagi warganegara yang mengidamkan belaian dan kasih sayang Kerajaan memerintah Barisan Nasional.

Kenapa rakyat berasa begitu asing hanya semata-mata mereka tidak menganggotai mana-mana parti politik? sedangkan semua rakyat sebenarnya berhak untuk merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada Barisan Nasional Hakikatnya hari ini, tanpa kita sedari Barisan Nasional telah secara tidak sengaja membina sebuah tembok pemisah antara pemimpin,ahli dan rakyat,ini telah mewujudkan jurang dan ‘double standard’ dikalangan rakyat dan ini amat mengguris hati dan perasaan rakyat.

Oleh yang demikian adalah menjadi tanggunjawab Barisan Nasional untuk merobohkan tembok itu seterusnya memenangi hati rakyat semula supaya rakyat kembali kepada Barisan Nasional. Percayalah rakyat masih rasional, rakyat tahu hanya Barisan Nasional yang boleh membawa pembangunan, cuma Rakyat sudah bosan dan jelek dengan sikap sesetengah atau pun rata-rata pemimpin BN yang tamak dan tidak menghiraukan nasib mereka. Bagaimana untuk membetulkan keadaan ini, jawapannya mudah, ‘BERUBAH’ Barisan Nasional tiada pilihan selain berubah dan kembali kepada perjuangan asal…iaitu BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT.

Hari ini, rakyat sudah bijak, mereka boleh menilai antara realiti dan retorik. Oleh kerana mereka menilai dan hasil penilaian mereka menunjukan berlaku banyak kepincangan dalam Barisan Nasional, makanya rakyat kecewa. Apabila rakyat kecewa, maka rakyat mula bertindak secara emosional lantas memikirkan jalan keluar yang mudah iaitu dengan pergi kepada Parti Pembangkang. Rakyat juga sedar bahawa Parti Pembangkang juga tidak mampu membuat perubahan, namun apa sahaja pilihan yang rakyat ada, untuk menyampaikan mesej kepada Kerajaan?.

Hakikatnya rakyat masih sayangkan Barisan Nasional, cuma rakyat hari ini, menuntut perubahan, rakyat juga sudah mual dengan tindakan pembangkang yang selalu menangguk yang air keroh dan memporak-perandakan keamanan negara. Rakyat juga jijik dengan permainan politik kotor pembangkan. Menyedari keadaan dan tuntutan rakyat itu,maka…UMNO,MCA,MIC,GERAKAN dan Semua PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL, perlu kembali kepada perjuangan asal. Perjuangan Barisan Nasional yang sebenarnya adalah untuk membangunkan negara seterusnya memastikan rakyat hidup aman dan damai didalam Negara bertuah Malaysian ini.

Parti-parti politik dibawah Barisan Nasional perlu mengambil tindakan drastik untuk menjaga dan memperjuangkan nasib bangsa masing-masing kerana dengan semangat inilah makanya kita memiliki Negara berbilang-bangsa yang unik hari ini.

UMNO umpamanya, UMNO perlu membuat perubahan yang besar dalam gerak kerjanya…UMNO mesti mesra rakyat dan mudah didekati. Cukuplah dengan program-program syok sendiri yang menjadi budaya UMNO dari dulu hingga kini. UMNO hari ini harus mendekati badan-badan bukan Kerajaan (NGO’s), profesional muda, mahasiswa, pelajar sekolah, orang kampung, pekerja kilang, pemandu teksi, tukang jaga tandas dan segala yang bernafar di bumi bertuah ini. Sertai mereka, dekati mereka, jadikan mereka sebagai sebahagian keluarga UMNO.

Begitu juga dgn MCA, MIC dan Parti Komponen yang lain. Mereka juga harus menjadi hero kepada bangsa-bangsa yang mereka wakili, kerana itulah juga tujuan parti-parti tersebut lahir, ia memang lahir untuk memperjuangkan dan mempertahankan nasib anak bangsa mereka, maka tiada salah atau cacatnya jika mereka memainkan peranan mereka, selagi ia dilaksanakan dengan cara dan saluran yg betul.

Kehadiran Barisan Nasional perlu dirasai oleh rakyat. Rakyat ingin melihat usaha ini dijalankan oleh Barisan Nasional. Barisan Nasional harus buktikan kepada rakyat bahawa Barisan Nasional benar-benar ingin berubah. Baru-baru ini, YAB Perdana Menteri telah turun sendiri keakar umbi untuk mendalami perasaan dan isi hati rakyat. Rakyat amat terharu atas keperihatinan PM, tapi bukan itu yang rakyat harapkan, rakyat tahu bahawa YAB Pak Lah cukup perihatin terhadap keadaan rakyat, tetapi apa yang rakyat lebih mahukan adalah rakyat ingin melihat menteri-menteri dan pimpinan UMNO / BN ini bekerja utk mereka.

Hari ini Perdana Menteri tlh buktikan kesungguhannya mendekati akar umbi, jika PM boleh lakukan mengapa tidak yang lain, Menteri, Tim. Menteri, MB, YB Parlimen, Exco Kerajaan Negeri, ADUN, Ketua bahagian UMNO/MCA/MIC , Ketua Wanita, Pemuda, Puteri UMN/ MCA/MIC Bahagian dan Semua ahli-ahlinya bergerak, bekerja senada seirama untuk memenangi hati rakyat semula. Pedulikan semua permasalahan yang remeh temeh ini.

Pimpinan politik Kerajaan harus sedar, rakyat menolak Barisan Nasional hari ini bukan kerana namanya Barisan Nasional ataupun orang yg memimpinnya… tetapi Rakyat tidak boleh terima pendekatan yang Barisan Nasional guna pakai yang tidak mesra Rakyat… Apa sudah jadi kepada tema ‘Tradisi membela Rakyat’, hakikatnya rakyat tak merasa terbela… apa yang rakyat nikmati hari ini memang benar adalah hasil titik peluh Pemimpin Barisan Nasional terdahulu, namun ia bukanlah alasan untuk rakyat terus menyokong Barisan Nasional Jika Barisan Nasional mengabaikan nasib mereka.

Rakyat menghargai segala jasa dan sumbangan Barisan Nasional, rakyat tidak pernah menafikannya tetapi rakyat juga mahu Barisan Nasional melakukan lebih dari itu, kerana bagi rakyat apa yang Barisan Nasional buat hari ini, orang lain juga boleh buat, oleh itu Barisan Nasional mesti memikirkan satu kaedah untuk menjadikan ia lain daripada lain seterusnya memikat hati rakyat untuk memilih mereka dan bukan org lain.

Dibawah Kerajaan Barisan Nasional, ada pelbagai kemudahan dan kementerian yang bertanggunjawab keatas setiap yang bernafas di negara ini. Mengapa Kementerian-kementerian ini tidak mengkaji ataupun menilai semula tentang apakah permasalahan sebenar yang rakyat hadapi. Jika kementerian-kementerian ini dapat mengesan dan mengenalpasti permasalahan dan isu-isu berbangkit tentang rakyat seterusnya membantu rakyat mengatasi masalah itu, rakyat pasti gembira, kemudian UMNO, MCA, MIC dan Parti Komponen yang lain pula berjuang habis-habisan untuk memajukan anak bangsa masing-masing dalam membentuk rakyat Malaysia yang berguna, jika ini berlaku, bukankah Barisan Nasional akan kembali kuat dan unggul? Pokoknya, pimpinan Barisan Nasional harus sedar, bahawa mereka harus atau wajib berubah.

Percayalah, jika rakyat boleh melihat perubahan ini, maka sokongan keatas Barisan Nasional akan beransur-ansur pulih. Barisan Nasional mesti jamu Rakyat dengan berita-berita yang menampakan Pemimpin Barisan Nasional Bekerja dan mendekati rakyat, biar Surat akhbar penuh dan terpaksa tambah muka surat untuk menceritakan sumbangan dan pengorbanan Pemimpin Barisan Nasional, biar rakyat lihat sendiri dan tafsir sendiri. Apabila Rakyat merasai dan menikmati belaian serta sentuhan pimpinan kerajaan Barisan Nasional ini, rakyat akan gembira dan bila rakyat gembira maka mereka akan setia dan terus bersama Barisan Nasional.

Maka jelaslah hari ini, rakyat masih sayangkan Barisan Nasional dan berpegang kepada prinsip sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan maka Barisan Nasional kena terima hakikat bahawa rakyat sebenarnya masih sayangkan Barisan Nasional cuma Rakyat mengharapkan perubahan.

Rakyat tahu yang pembangkang tak akan mampu membentuk Kerajaan, hanya Barisan Nasional yang akan terus menerajui tampok pemerintahan Negara, tetapi ‘Tolonglah! Tolonglah….berubah, Barisan Nasional harus bangun daripada dibuai mimpi indah, Barisan Nasional mesti sentiasa ingat rakyat benci akan Barisan Nasional, maka Barisan Nasional perlu menggubah persepsi itu….’ Oleh itu Jangan buang masa lagi, kami sebagai rakyat juga banyak kerja yang perlu diselesaikan, kami tidak ada masa nak sibuk-sibuk tentang hal-hal politik ni, kami juga percaya Pemimpin Barisan Nasional juga mesti banyak tugasan yang perlu dilaksanakan, lebih-lebih lagi selepas membaca artikel ini…marilah kita berganding bahu memajukan negara… Bersama setia, pemimpin dan rakyat, seiya sekata dengan rasa erat, yang berat dipukul, yang ringan dijinjing, sejalan seiringan dengan rasa syukur.

Jika ada kekusutan dicari penyelesaian demi masa depan Malaysia tersayang. Ke gunung sama didaki, kelurah sama turuni biar ikhlas berjuang demi negara tercinta, bagai aur dengan tebing saling perlu memerlukan, RAKYAT dan PEMIMPIN tidak mungkin dipisahkan….’RAKYAT MENCARI PEMIMPIN YANG BERJUANG UNTUK MEREKA!!’

2 Responses to “Bukan Rakyat tak Sayang BN,tapi…..”

  1. Tulisan ini cukup bagus, satu artikel yg kena pada masanya, tatkala formula dicari untuk menagih kembali sokongan rakyat.

  2. UMNO insyaalah akan bangun menjadi power house sekali lagi.

Leave a Reply