Bajet 2009 ceriakan petani

ALOR STAR - Sebagai negeri pengeluar padi yang menyumbang kepad lebih 40 peratus pengeluaran beras negara, kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini sememangnya menekan para pesawah di Kedah.

Pendapatan mereka menjadi berkurangan gara-gara terpaksa menanggung kos mengerjakan sawah yang dikatakan meningkat hampir 50 peratus berikutan kenaikan harga minyak tersebut.

Malah sejak musim 1 2008 yang bermula pada pertengahan Julai lalu, pelbagai isu timbul berkaitan kos operasi, harga dan penjualan padi yang mengundang keresahan di kalangan petani.

Bebanan yang terpaksa dipikul oleh pesawah sebenarnya bermula sejak menjejakkan kaki ke sawah lagi apabila kos baja dan racun melonjak tinggi melebihi seratus peratus, manakala kadar upah menuai padi pula meningkat antara 25 peratus hingga 30 peratus.

Justeru apabila padi ingin dituai, timbul permintaan agar harga tanaman itu di negeri ini diselaraskan seperti di Selangor. Ini berikutan wujudnya perbezaan harga di antara negeri-negeri yang mana harga padi yang dibeli dari petani di Kedah dikatakan sekitar RM900 setan sementara yang dibeli daripada petani di Selangor pula RM1,280 setan.

Bagaimanapun permintaan itu dianggap sukar untuk dilaksanakan keran harga padi dipengaruhi beberapa faktor yang berbeza mengikut kawasan. Antaranya ialah kualiti hasil tanaman itu, harga beras import dan jumlah keuntungan yang diambil oleh pengilang.

Namun tercetus rasa lega dan gembira di kalangan pesawah dengan langkah kerajaan memansuhkan duti import ke atas baja dan racun seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Bajet 2009 pada Jumaat lalu.

Menurut Pengerusi Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ahmad Radin, 68, pendekatan yang dilakukan kerajaan itu dapat meningkatkan pendapatan para petani sebagaimana yang diharapkan oleh mereka selama ini.

Menurutnya, pemansuhan duti import baja dan racun dapat membawa kepada pengurangan harga bahan itu di pasaran tempatan, sekali gus membantu meminimumkan kesan kenaikan kos input tani yang ditanggung oleh mereka.

“Kegelisahan para pesawah ketika ini ialah merekadibebani dengan peningkatan kos operasimengerjakan bendang setiap musim selain kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Kami menyambut baik langkah kerajaan memansuhkan duti import ke atasbaja dan racun perosak kerana ia akan membantu mengurangkan kos input pertanian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Radin berkata, para petani turut gembira dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa sebanyak RM475 juta diperuntukkan bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak untuk meringankan beban mereka.Langkah itu, katanya, menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk memnasib para petani.

“Oleh itu, kami berharap peruntukan berkenaan dapat digunakan dengan sebaik mungkin agar ia benar-benar memberi manfaat kepada pesawah,” katanya yang menjadi Pengerusi Penyelaras PPK MADA sejak 25 tahun dulu.

7 Responses to “Bajet 2009 ceriakan petani”

  1. Langkah yang di ambil itu memang menarik dan sepatutnya menguntungkan rakyat dan petani… walau bagaimanapun yang selalu mengecewakan adalah perlaksanaan… malaysia nie kalau cakap pasal polisi sering yang terbaik tp kalau perlaksanaan sering ada masalah. Yg akhirnya rakyat yang menjadi sasaran polisi tidak merasa apa pun faedah dari polisi yang digariskan.

    Sebagai contoh pemberian subsidi baja dan racun yang dibekalkan untuk membantu para petani namun semasa perlaksanaan ada berlaku ketirisan… mereka yang sepatutnya layak menerima tetapi tidak mendapat, sebaliknya mereka yang langsung tidak layak mendapat dengan banyak pula tu… maka perkara sebegini amat merugikan rakyat dan kerajaan. Jadi perlu dikaji… bagaimana polisi yang disasarkan dapat menjadi seperti yang dirancangkan…

    Untuk belanjaan kali ini antara perkara yang perlu kerajaan beri perhatian yang serious selepas belanjaan ini diluluskan adalah penurunan harga baja dan racun itu berlaku… dan ia perlu dihebahkan kepada kaum petani dan dimaklukan dengan jelas berapa harga baru bahan2 tersebut.

    kenapa saya cakap ini penting… rakyat berharap ada perubahan selepas belanjawan ini… mereka sudah bosan mendengar belanjawan berapi-api tapi kesudahannya kehidupan rakyat masih macam biasa… ditekan dan susah…
    kita juga tidak mahu pemansuhan duti import baja dan racun yang sepatutnya memberi faedah kepada kaum petani tetapi sebaliknya memberi faedah setakat pengimport sahaja… kerajaan perlu proaktif… membuat penelitian… dengan pemansuhan duti import ini sepatutnya menyebabkan setiap bahan ini perlu dijual pada harga berapa… perkara ini perlu dimaklumkan kepada setiap petani…

    kita tidak mahu kaum petani menjadi mangsa penipuan para pangimport… kita bukan tidak tahu resam mereka… selagi boleh… mereka sesah… contohnya kalau harga asal bahan tu RM 10.00 dan lepas penghapusan duti import bahan ini mereka boleh jual RM 5.00… tp pengimport jual dengan harga rm 9.80… so, dari sini kita lihat yang untuk pengimport…. petani cuma untung rm 0.20 dan mengimport untung lebih dari rm 4.80…

    ini pasti berlaku kalau kerajaan membiarkan pengimport yang menentukan harga barang tersebut… oleh itu kerajaan perlu membuat kajiaan berapakah harga yg perlu dijual oleh pengimport… tanpa mengabaikan hak mendapat untung pengimport tetapi membebankan petani… dan hal ini perlu dihebahkan…

  2. Pak Lah tidak akan meletak jawatan kerana beranggapan MOU antara dia dengan Dato’Najib sah pada pandangannya. Cara terbaik ialah samada Dato’Najib umumkan untuk bertanding jawatan Presiden Umno atau TS Muhyidin sendiri melawan jawatan nombor 1 itu. Jika ini terjadi alamat sampai ke tua lah Dato’Najib kena pegang jawatan sebagai TPM. Pak Lah terlalu bergantung kepada penasihat - penasihat tidak berguna dia yang ada kepentingan peribadi. Pak Lah tidak gentleman. Beliau seharusnya melepaskan jawatan tersebut secara terhormat demi menyelamatkan parti.
    Berdoalah semoga Pak Lah terbuka pintu hati nak melepas jawatan secara terhormat.

  3. KAPAL NAK KARAM SEBAB PI LANGGAQ BATU.
    SEBAB KAPTEN TAK RETI BACA PETA.
    LEPAS TU MINTAK NASIHAT BUDAK MENTAH…HABIHLA.

    JIKA KAPAL NAK KARAM… SINGKIRKAN KAPTEN DAN ORANG2 YG MEMBUAT ANGKARA.

  4. Semua penyokong BN patut bersama mendesak Pak Lah,

    biar tekanan demi tekanan sebab Pak Lah ni KETEGAQ sikit.

    TAHU TAHU PAK LAH dan KJ dok plan nak naikkan ANWAR….!!!!

    LIHAT saja orang Kuat Pak Lah : Zaid Ibrahim, semua tindakannya pro Anwar saja.

    http://ister-mamak-tua.blogspot.com

  5. TAKUT ORANG NAMPAK DIA BODOH, IA AMAT TAKUT DIPERBODOHKAN sebabnya ia tidak tahu bagaimana nak atasi KEBODOHANNYA.

  6. BELANJAWAN 2009 OLEH AAB ADA PERUNTUKAN KHAS UNTUK BELI KAPAL RM2.0 BILLION..INI PERUNTUKAN ATAU MEMANG DAH ADA SYARIKAT MENANTI..pandai sungguh

  7. Ada pi tanya ke puak² petani ni semua pendapat dan isi perut depa,senang² je kata depa tu ceria dgn bajet?Ada upah consultant kaji statistik berapa ramai rakyat sukahati dan ceria ke?

Leave a Reply