Apa Peranan Puteri, Putera dan Pemuda menembat hati remaja

By : Spark

Ramai yang berkata bahawa Generasi Muda sekarang banyak berpihak kepada Parti pembangakang dan anti kepada parti kerajaan , Jika kita lihat pada perkembangan ini sememangnya ini terjadi dan siapakah yang harus kita persalahakan, Pemuda , Puteri UMNO atau Putera UMNO. Tepuklah dada tanyalah selera?

Selepas zaman Azalina menerajui Puteri UMNO ,kita tidak lagi melihat penonkolan puteri UMNO yang boleh menarik minta wanita muda profesional menyertai UMNO. Puteri UMNO seolah-olah membuat program-program yang tidak boleh meletup dan yang boleh memberikan satu daya tarikan seperti mana yang berlaku di zaman Azalina. Pendekatan dan penerokaan siber mereka juga tidak berkemampuan untuk memecahkan demonasi sindrom malas membuka dan menyemak laman web atau e-mail di kalangan ahli-ahli Puteri itu sendiri.

Kita perlu menggunakan pendekatan baru ini terutama di era siber ini dan blog merupakan satu lagi media alternatif dalam mendekatkan diri kepada generasi muda.’Kita dapati, penggunaan blog-blog ini kini telah dimonopoli oleh pembangkang kerana mungkin memahami kehendak dan keperluan yang mahukan jawapan atau interaksi secara terus.

Semenjak Datuk Azeez Ketua Putera UMNO tewas di parlimen , kita tidak lagi dapat melihat pergerakan ini bergerak dengan aktif dan , apakah kesudahan dan apakah sebenarnya telah terjad kepada Putera UMNO. Apalkah perkembangan dan apakah aktiviti yang telah dijalankan oleh mereka untuk menarik ramai kalangan muda untuk menyertai UMNO , jika setakat untuk menarik mereka berlumba secara berhemah sahaja tidak memadai dan setakat untuk mendaki gunung Everest hanya sekadar reaksi promosi sahaja.

Jika sekiranya Datuk Abd Azeez tidak lagi boleh memangku tugasan berkenaan eloklah sekiranya beliau meletakan jawatan dan memberikan kepada mereka yang lebih berminat untuk membimbing generasi muda untuk mendekati UMNO.

Begitu juga dengan Pemuda UMNO yang kita lihat kebelakangan ini dengan krisi-krisis kepimpinan yang membuat kaum ramaja menjadi bosan dan muak dengan gelagat pemuda yang biadab yang menentang pemimpin tertinggi dalam UMNO sendiri,Tiada program-program yang khusus untuk menarik remaja-remaja menyertai UMNO.

UMNO perlu mencari jalan poenyelsaian dan perlu melakukan sesuatu dengan segera agar kita tidak terus ketinggalan dan gagal memenangi hati pengundi muda.

Leave a Reply