Na’uzubillaahiminzaliq: Tadah tangan berdoa pun cukuplah jangan Anwar terus tipu pengundi Permatang Pauh

Oleh Abang Mahmor

Kekalahan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalam tangan kalau Datuk Ariff Shah Omar Shah mendapat kerjasama kental dari tiga jaguh tempatan, seperti Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, Timbalannya Datuk Pirdaus Ismail dan pendakwah bebas Datuk Shamsuri Ahmad.

Walaupun Abdul Jalil, Pirdaus dan Shamsuri pernah diuar-uarkan menjadi calon termasuk Ariff, tetapi apabila keputusan memihak kepada Ariff, hendaknya ketiga-tiga personaliti itu tidak berasa terpinggir kerana kalau menang, BN yang menang tetapi Ariff tetap jadi kuli kepada rakyat dua kawasan sepertimana kata hasratnya sendiri.

Ingatlah pepatah lama kita bahawa bercerai kita roboh dan bersatu kita teguh. Berikrar sahaja tidak cukup membantu Ariff. Oleh kerana ketiga-tiga yang terlepas itu mempunyai pengaruh masing-masing, berpakatlah untuk melakukan yang terbaik menyampaikan kepada penduduk di Permatang Pauh supaya jangan takut keluar mengundi dan kenalilah calon mereka untuk membuat pilihan terbaik.

Terangkanlah peranan BN dan bukti-bukti selama ini Permatang Pauh dibelenggu dengan kemunduran sejak ia diterajui PKR kerana PKR tidak memikirkan penduduknya, tetapi lebih sibuk memperjuangkan tauke partinya. Beritahu mereka kemampuan Wan Azizah sebelum ini amat terhad kerana suaminya terlalu asyik dan mabuk mahu mengejar jawatan perdana menteri lantas pengundinya terabai.

Tulisan ini tidak sama sekali mahu mengajar itik berenang, tetapi lebih memikirkan pengaruh ketiga-tiga jaguh seperti Jalil, Pirdaus dan Shamsuri juga bukan calang-calang orang di kawasan tersebut. Gunakanlah kebijaksanaan masing-masing untuk membantu kemenangan BN kali ini kerana Permatang Pauh adalah satu kawasan strategik di utara yang perlu mendapat nikmat pembangunan setanding dengan kawasan lain.

Sedarkanlah penduduk di Permatang Pauh bahawa inilah masanya mereka perlu membuat perubahan. Insya’Allah melalui tangan dan berkat kerajinan dan kemesraan serta kewibawaan Ariff, Permatang Pauh akan berubah dalam waktu yang terdekat kalau BN dapat menakluki semula kawasan tersebut.

Ezam Md Nor juga sepatutnya sudah bersedia untuk bersama Ariff, Jalil, Pirdaus dan Shamsuri bergabung tenaga dengan segera mengatur strategi bersama untuk memerangi Anwar habis-habisan. Ketika ini nescaya Anwar sedang lemah dan agak tertekan dengan kebangkitan Saiful yang telahpun menjalankan tanggungjawabnya bersumpah dengan Al-Quran bahawa Anwar telah meliwatnya.

Awaslah dengan taktik Anwar yang sentiasa memutarbelitkan kenyataannya kerana dia dikenali dengan bijak bercakap dengan Melayu lain, bercakap dengan Cina dan India lain. Ariff kena gunakan kecekapannya berbahasa Cina untuk menawan orang Cina yang mungkin terpingga-pingga dengan keadaan politik di Permatang Pauh sekarang.

Setiap anggota BN yang datang dari seluruh pelusuk negara pada ketika ini boleh membantu memberi gambaran jelas bahawa Anwar bukan pilihan untuk menjadi pemimpin kerana berlatarbelakangkan seorang pembelot dan pengkhianat, pendendam dan pembohong untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.

Anwar sudah lama sangat berangan-angan untuk menjadi perdana menteri sejak dia pernah diberi jawatan timbalan perdana menteri suatu ketika dulu dan apa jasanya yang telah ditaburkan di Permatang Pauh? Dia sibuk mahu memijak Tun Mahathir ketika itu untuk cepat naik supaya dapat berkuasa mutlak menutup segala kelemahan dan jijik hidupnya yang bergelumang dengan dosa.

Beliau pergunakan ramai orang untuk meraih populariti dan untuk berfoya-foya seperti antaranya Nalakarupan pernah membuat pendedahan betapa kotornya bekas timbalan perdana menteri itu dalam konteks sosialnya. Selain Nala, orang yang pernah bersamanya membina Yayasan Anda (gabungan Anwar dan Daud), iaitu Daud Seman yang benar-benar tahu siapa Anwar luar dan dalam.

Pada ketika ini sepatutnya Nalakarupan dan Daud Seman berkampung di Permatang Pauh membantu Barisan Nasional memenangi kerusi parlimen itu daripada terlepas kepada orang yang sudah sepatutnya dinyahkan dari arena politik yang merosakkan imej negara di mata luar terutama bersekutu dengan Amerika dalam menjadikan negara ini negara bebas membuat perkara mungkar seperti menghalalkan liwat suatu hari nanti.

Pada negara maju seperti Amerika, liwat ini satu perkara biasa dan tidak jatuh kepada perbuatan luar tabii. Merekalah pencipta liwat yang disebarkan melalui DVD dan internet ke seluruh dunia hingga mempengaruhi ramai yang terjebak dalam berbuatan tidak senonoh itu yang sukar diubati.

Jijiknya perbuatan liwat itu hingga dalam Islam, Nabi junjungan kita, Muhammad tidak akan mengaku umatnya dan hidupnya pasti akan dilaknati dengan apa kaedah sekalipun. Inilah masanya rakyat yang menolak liwat harus melaknati Anwar yang mempelopori liwat secara terbuka dari apa yang didedahkan Saiful antara ramai yang lain telah menjadi mangsa Anwar. A’uzubillahiminzaliq.

Bantulah Ariff memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh bagi mengajar Anwar supaya sedar apa yang telah dilakukan dan apa yang akan dilakukan terhadap negara kita yang dulunya tidak sekecoh sekarang dengan godakannya semata-mata gila kuasa sedangkan moralnya hancus sama sekali.

Mana yang tidak mampu atau tidak berkesempatan bersama ke Permatang Pauh bertemu dengan pengundi di sana, tadahlah tangan sama-sama kita berdoa agar BN mendahului undi Anwar sebagai titik nokhtah untuk memberi masa kepada Anwar supaya kembali ke jalan yang benar terlebih dulu sebelum meletakkan dirinya menjadi jagoh di mata Amerika yang disekutunya dengan pembawakan pemerintahan ala Yahudi secara terang-terangan.

Leave a Reply