Kalahkan Anwar di Permatang Pauh bererti kita bina benteng sekat pencabulan kuasa besar

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah melafazkan sumpahnya tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya Sharribbu. Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli pun sudah menafikan beliau terlibat berkonspirasi dengan BPR yang berjaya mengeret exco-exco kerajaan Perak dalam skandal rasuah terhadap satu projek bernilai RM180 juta. Hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang belum berani lagi untuk melafazkan sumpah laknat pada beliau dan keturunannya kalau beliau melakukan kerja terkutuk meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan yang selama ini beliau menafikannya dengan pelbagai cara.

Bagaimana pula agaknya Anwar mahu menutup mukanya apabila berduyun-duyun ahli parlimen BN dari Sabah datang sendiri menerangkan kepada penduduk Permatang Pauh bahawa mereka rasa terhina apabila Anwar memberitahu setiap ceramahnya sebelum ini yang kononnya semua ahli parlimen Sabah akan melompat ke parti pembangkang untuk menumbangkan BN sebaik sahaja Anwar jadi ahli parlimen Permatang Pauh?

Rupanya selama ini Anwar berkata bohong yang kononnya ahli parlimen Sabah sudah dibeli dengan berpuluh-puluh juta ringgit untuk memberi sokongan kepada beliau merealisasikan impiannya menjadi perdana menteri. Apakah Anwar ingat apabila dia bercakap di Semenanjung ini orang Sabah tidak dengar atau pekak?

Begitu juga siang malam pagi petang, Anwar tidak lepas dari mulutnya menuduh macam-macam terhadap Najib dan isterinya Rosmah ada kaitan dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya hingga Datuk Abdul Rahman Al-Habshi turun membantu menerangkan keadaan sebenarnya kerana beliau adalah satu-satunya yang mula-mula mengetahui apa yang berlaku atas kapasitinya menjadi konsul Malaysia di Mongolia.

Anwar buat macam-macam melalui penulis blog terkenal dengan dongeng tulisannya hingga membuat kenyataan bersumpah menuduh Rosmah macam-macam seolah-olah beliau ada sama semasa kejadian itu semata-mata untuk memanjangkan tuduhan Anwar supaya kelihatan seperti perkara itu benar. Akhirnya apa jadi dengan Raja Petra yang sekarang sudah disebut sebagai Raja Petra Paria oleh peguam terkenal yang naik angin dengan penulis blog itu.

Datuk Nalakarupan yang dulunya menjadi kawan baik Anwar pernah menjadi orang kuat Magnum (satu-satunya badan judi halal di negara ini) pun sudah akhirnya turut sama tidak lepas peluang mendedahkan Anwar memang seorang yang tidak pernah puas dengan nafsunya dan sentiasa berfoya-foya hingga Magnum pernah menunaikan permintaannya sebanyak RM60 juta untuk kegunaan peribadinya. Mentang-mentanglah pada ketika itu Anwar menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Mohd Ezam Md Nor juga yang pernah menjadi setiausaha politiknya atas kesedaran sendiri telah meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan dengan Anwar yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat yang beliau ketahui sangat bagaimana Anwar bersubahat untuk kumpulan Yahudi yang sehingga hari ini mendewa-dewakan beliau supaya mereka dapat menakluki negara ini dengan mudah. Juga Ezam mendedahkan satu pemberian kontrak sebanyak RM180 juta dengan begitu mudah kepada kawan-kawannya untuk Anwar mendapat imbuhan entah berapa puluh juta dengan tidak perlu melalui sebarang jemputan tender. Justeru itu, tidak hairanlah Anwar yang mungkin mendapat upah lumayan dari pembiayaan Amerika Syarikat pula untuk membiayai pergerakannya mempengaruhi rakyat Malaysia yang pada matanya bodoh-bodoh belaka untuk mempercayai apa saja katanya supaya mudah dia merampas teraju utama negara ini suatu hari yang disebut pada 16 September 2008.

Mungkin tarikh itu bukan Anwar yang beri, tetapi diberi oleh pihak yang membiayainya untuk membuktikan kemampuannya sepertimana yang dijanjikan untuk beliau terus mara menjadi perdana menteri untuk digadaikan kepada mereka yang berkehendakkan sangat negara ini di dalam rengkung mereka.

Nampaknya memberikan sokongan kepada Anwar samalah kita menyokong supaya negara kita dicabul oleh negara-negara kuasa besar yang menanti saat bilakah harinya mereka dapat berkerjasama dengan seorang pemimpin yang boleh menurut telunjuk mereka untuk mengalih segala hak sesuatu bangsa itu dinafikan.

Agenda bergejala buruk untuk kita semua yang hidup aman makmur selama kita merdeka ini berpayungkan raja yang berkepentingan agama dan bangsa Melayu perlu mereka pecahkan kerana pada mata kuasa besar, mana-mana negara yang berteraskan pemerintahan Islam dan maju adalah merupakan ancaman kepada mereka.

Maka setiap rakyat yang cintakan bangsa dan negaranya, awas dengan penampilan Anwar yang sudah menunjukkan bibit-bibit membawa negara ini ke arah membinasakan keharmonian semua kaum dan agama sedia ada demi untuk mencapai maksud mereka melalui satu pergerakan yang semakin jelas bahawa kita sedang diancam secara tidak langsung.

Kalahkan Anwar, belum bererti kita semua selamat, tetapi sekurang-kurangnya kita bersedia menghadang satu benteng penyekat di peringkat awal untuk kita terus bangkit menjadi sebuah negara yang bersedia menerima cabaran untuk terus maju.

Leave a Reply