Kedah diancam kerajaan sendiri
Pemilihan kerajaan yang telah dibuat oleh rakyat negeri Kedah kononnya akan mengembalikan kesejahteraan negeri itu akhirnya tersasar daripada harapan apabila kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Menteri Besarnya sendiri yang mengugut akan menebang balak di kawasan tadahan air di negeri tersebut bagi menjana ekonomi negeri tersebut.
Jika selama ini kawasan hutan simpan itu amat dikawal daripada melakukan kerja pembalakan bagi mengekalkan ekosistem dan kesemulajadian alam sekitar, kini kononnya semata-mata terpaksa dilakukan bagi menjana ekonomi negeri terbabit, kawasan kawalan itu bakal dimusnahkan oleh kerajaan pemerintah negeri itu sendiri.
Ugutan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Pusat yang melibatkan kawasan hutan simpan berkenaan amat tidak rasional. Ia lebih kepada mainan politik pentadbiran pembangkang yang sememangnya punya agenda tersendiri atas kepentingan tertentu.
Jika kawasan hutan simpan itu dikorbankan dengan aktiviti pembalakan, sudah pasti pulangan yang akan didapati amat lumayan kerana kawasan itu masih dara daripada sebarang pencerobohan. Dijangka, Kedah akan memperoleh sejumlah RM100 juta setahun dengan penebangan balak di keseluruhan kawasan tadahan air tersebut.
Hutan Simpanan Hulu Muda, Pedu, Padang Terap, Chebar Besar dan estet hutan kekal Bukit Keramat dan Bukit Saiong merupakan kawasan tadahan air bagi tiga empangan iaitu Pedu, Muda dan Ahning yang turut membekalkan air ke Perlis dan Pulau Pinang.
Sebagai reaksi pada cadangan berkenaan, Kabinet pada Mei 2003 memutuskan melarang aktiviti pembalakan di sekitar hutan simpan Empangan Pedu di Hulu Muda di negeri ini bagi mengekalkan peranan empangan itu sebagai kawasan tadahan hujan.
Namun, arahan itu tidak akan dihiraukan oleh Kerajaan Negeri Kedah jika ugutan mereka tidak diambil kira oleh Kerajaan Pusat. Mereka lebih rela korbankan sesuatu yang tinggi nilainya kepada kehidupan masyarakat setempat daripada terus berbincang bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
Begitu singkat pemikiran dan tindakan yang mampu dilakukan oleh pemimpin negeri tersebut. Keuntungan jangkamasa pendek lebih diutamakan daripada bekerjasama menyelesaikan masalah secara bersepadu dengan Kerajaan Pusat.



Dah tu,kera-jaan Pusat tak bagi bantuan kewangan,tebang je la hasil bumi tu,utk tadbir urus negeri.Simpan buat ape.Tadahan hujan la sangat konon.Yg UMNO PAHANG dok tarah hutan simpan kat Pahang hari²apa kes pulak?Tak dpt dana dari kerajaan Pusat jugak ke untuk tadbir urus negeri?Baru sekali puak pembangkang nk jarah hutan,bergegar bumi UMNO,gegak gempita alam.Ambui..garang benor UMNO ni,yg Bukit Cerakah tu ape kes?Pembangkang gak ke jarah?