Sepanyol buat Aragones merajuk
VIENNA - Jurulatih Sepanyol, Luis Aragones mendedahkan bahawa persekutuan bola sepak negara itu tidak melakukan usaha yang mencukupi untuk membolehkannya kekal bersama skuad kebangsaan.
Aragones membuat pendedahan itu sehari sebelum pasukannya berdepan Jerman dalam perlawanan akhir Euro 2008, lewat pagi tadi.
Kata jurulatih veteran itu, dia tetap dengan keputusan awal untuk meninggalkan Sepanyol sejurus tamat Kejohanan [...]


