Apakah sudah tiada langsung orang Melayu PAS dan PKR untuk jadi Speaker dan Timbalan Speaker?

Sesudah V. Sivakumar (ADUN Tronoh) dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan Hee Yit Foong (ADUN Jelapang) dipilih sebagai Timbalan Speaker DUN, Nizar Jamaluddin (MB Perak) sekali lagi membuat kejutan apabila tanpa rasa bersalah mengumumkan akan menjual lot perumahan bumiputera di pasaran terbuka.

V. Sivakumar dan Hee Yit Foong kedua dua adalah ADUN DAP. Mengapa tidak dilantik Timbalan atau Speaker daripada orang Melayu daripada PAS dan PKR? Kedua duanya beri kepada DAP juga, sudahlah dalam EXCO Kerajaan Negeri Perak pun dah ramai DAP. Tidak bolehkah salah seorang daripada diberi kepada orang Islam?

Lebih mengecewakan, pada 16 Mei 2008, tindakan Nizar pula mahu menjual 130 unit lot perumahan bumiputera ke pasaran terbuka yang nilainya hampir RM5 juta kesemuanya. Alasan yang diberi ialah mudah iaitu untuk mengurangkan stok tergantung. Hari ini jual lot rumah bumiputera, esok lusa entah apa lagi yang bakal dijual.

Apakah keputusan ini dibuat Nizar kerana sebahagian daripada Perjanjian Pangkor 2 ?. Apakah keputusan ini juga dibuat atas desakan DAP juga? Mengapa Nizar tidak berbincang terlebih dahulu dengan NGO dan pertubuhan pertubuhan Melayu tentang perkara ini?

Sudahlah keputusan menukarkan Pengarah Jabatan Agama Islam pun dibuat dengan membelakangi Sultan, kali ini Nizar tanpa segan silu lagi menjual hak bumiputera ke pasaran terbuka. Kita tertanya siapakah yang menjadi penasihat Nizar ini? DAP atau PAS? Apakah orang PAS akan duduk diam sahaja melihat MB dari PAS diperkotak katikkan oleh DAP?

One Response to “Apakah sudah tiada langsung orang Melayu PAS dan PKR untuk jadi Speaker dan Timbalan Speaker?”

  1. Inilah sikap orang PAS yang kena cucuk hidung….macam lembulah. Tapi ini tindakan yang betul dan tetap disokong oleh kaum PAS walaupun ianya salah.
    halal bagi PAS haram bagi UMNO…nasib melayu.

Leave a Reply