Krisis PAS Kedah

SEMUA mata sedang tertumpu ke utara tanahair apabila terdengar desas desus wujud serta makin ketara kedinginan hubungan antara Menteri Besar Kedah yang baru iaitu Ustaz Azizan Razak dengan Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar. Baru memerintah PAS Kedah sekarang sudah terhempit dengan masalah dalaman.

Kita difahamkan ketengangan ataupun kedinginan hubungan antara Mahfuz dengan Azizan ini bukanlah satu perkara baru tapi telah terpendam sekian lama sehinggalah PAS berjaya memenangi pilihanraya dan menubuhkan kerajaan di Kedah.

Kepimpinan PAS Kedah hari ini didakwa telah berpecah kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan menyokong serta mempertahankan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah dan juga Pesuruhjaya PAS Negeri dan satu kumpulan lagi menyokong kepimpinan Mahfuz Omar serta mahu Mahfuz memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri dan sekaligus meletakan orang kepercayaan Mahfuz sebagai Menteri Besar yang baru.

Malah kumpulan yang dikatakan menentang Azizan berkeyakinan bahawa jawatan yang dipegang oleh Azizan tidak akan bertahan lama dan kumpulan tersebut akan sentiasa memberikan tekanan kepada Azizan supaya Menteri Besar ini meletak jawatan bagi memberi peluang kepada kumpulan yang menyokong Mahfuz untuk membentuk kepimpinan baru.

Malah ada sumber yang memberitahu dan mendakwa bahawa Mahfuz Omar memang tidak menyenangi kepimpinan Azizan dan sering memperkecilkan kemampuannya dalam mentadbir PAS Kedah apa lagi untuk bertanggungjawab sebagai Menteri Besar.

Memperlecehkan kepimpinan Azizan dan rasa tidak senang kumpulan ini dikatakan tidak dilakukan secara senyap-senyap malah kumpulan ini bergerak secara terbuka untuk memperlekehkan Azizan sebagai ketua parti di Kedah. Tindakan untuk mengkritik ini dikatakan telah sampai ke Menteri Besar Kedah dan beliau dipercayai sedia maklum perkara ini berlaku.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS Kedah juga dicabar untuk menjalankan sistem pentadbiran Islam berteraskan perlembagaaan parti tersebut seperti mana corak pentadbiran di Negeri Kelantan dan mereka amat berharap PAS akan turut mengambl langkah seperti PAS Kelantan dengan mengharamkan segala bentuk perjudian, jualan arak dan membenteras segala perlakuan maksiat sekiranya mereka adalah benar-benar parti yang mendokong perjuangan Islam seperti yang mereka laungkan selama ini. Ini mungkin juga hasrat pengundi yang mengundi PAS dan tindakan segera mereka dalam isu ini patut laksanakan.

Kenyataan pertama daripada Azizan selaku Menteri Besar Kedah bahawa Kedah tidak mungkin akan dapat mengharamkan perjudian, arak, hiburan melampau

2 Responses to “Krisis PAS Kedah”

  1. nk hapus judi,arak?dah 50 tahun UMNO BN bela hgpa ingat senang2 nk hapus?bangsa barua tu nnt akan kata hak depa la,MCAnjing,DAnjingP akan melenting..so aku sokong pendekatan U.Azizan..pelan2

  2. APA A PUNA MELAYU…BODOH SUNGGUH LA HAMPA NIE..YG TEPUK TANGAN CINA(TAK KIRA LA PARTI APA PUN)TENGOK PENANG…SEMUA MARUAH MELAYU DAH DI GADAI OLEH LIM GUAN ENG…SAMPAI KAMI ORG MELAYU DIA TAK MAU JUMPA…MENYESAL DULU UNDI PKR…HUAAAAA MELAYU KENA TIPU..PADAN MUKA AKU…MAU SGT…ORG TUAW DAH PESAN..CINA JGN PERCAYA..GATAI SGT..LA NIE…NAK BUAT APADAH…DAH TERLAMBAT…

Leave a Reply