‘Saham jatuh perkara biasa’
KOTA BAHARU: Kejatuhan pasaran saham di Bursa Malaysia sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, baru-baru ini bukan perkara luar biasa memandangkan ia turut dialami pasaran saham dunia, kata Ketua Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Hamad berkata, senario berkenaan bukan disebabkan oleh keputusan pilihan raya itu yang menyaksikan lima negeri - Perak, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan dikuasai parti pembangkang.
“Kejatuhan harga saham baru-baru ini tiada kaitan dengan pilihan raya umum, ia perkara biasa cuma kebetulan ia berlaku ketika pilihan raya umum berkenaan,


