Idris sedia ‘undur diri’ dan mohon maaf…
Tepat seperti katanya Isnin…Datuk Ahmad Said masuk kerja di Wisma Darul Iman,Kuala Terengganu dimana terletaknya pejabat Menteri Besar Terengganu pada jam 8 pagi Selasa untuk menjalankan tugas rasminya.
Beliau antara lain telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Mokhtar Nong.
Kira-kira 500 orang penyokongnya termasuk orangramai berkumpul sekitar Wisma Darul Iman untuk melihat dari dekat situasi itu.
Beliau menunaikan solat hajat di tingkat 18 bangunan itu bersama sebilangan para pegawai kerajaan dan penyokongnya.
Ahmad Said memasuki pejabat lamanya sewaktu menjadi Exco Kerajaan Negeri di tingkat 6.
Beliau langsung tidak ke tingkat 16 dimana yang menempatkan pejabat Menteri Besar.
Polis telah mengadakan kawalan keselamatan yang ketat di sekitar kawasan berkenaan.Tidak ada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.
Dalam sidang akhbar di bangunan itu kemudiannya Ahmad Said meminta rakyat Terengganu bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menimbulkan masalah.
Mengenai sebahagian rakyat yang masih menyokong Datuk Idris Jusoh,beliau berkata hal ini melibatkan perasaan. “Nanti sejuklah tu,”katanya.
Katanya beliau sedar lantikannya sebagai Menteri Besar penuh dengan kontroversi.Sementara itu.
Ahmad Said juga memberitahu petang ini beliau akan ke Putrajaya untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam pada itu kalangan rakan politik yang sempat melawat Ahmad Said semalam memberitahu memang betul Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong,Sultan Mizan Zainal Abidin tidak berganjak dari pendirian baginda berhubung lantikan Menteri Besar Terengganu.- 25/3/2008


