Akur dengan pemilihan MPPR-Idris

Usaha untuk mencari penyelesaian pantas atas kemelut keputusan perlantikan Menteri Besar Terengganu (MB) akhirnya selesai apabila bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh menyatakan kesediaan beliau untuk menerima apa sahaja keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR).
Berikutan dengan demikian, Majlis Tertinggi (MT) UMNO menerima keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu untuk melantik Datuk Ahmad Said memegang jawatan berkenaan setelah mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkenaan dengan isu terbabit.
Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu juga akhirnya mengubah pendirian mereka dengan menerima pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru sebagai mematuhi arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Terengganu yang baru-baru ini telah menerima amanat seluruh rakyatnya yang lebih mengharapkan kerajaan Barisan Nasional memimpin negeri terbabit, tidak akan dipersia-siakan oleh BN demi memastikan negeri itu terus meningkat maju dan aman.
Penyelesaian telah dicari dengan secepat adalah untuk membolehkan rakyat Terengganu mendapat sebuah kerajaan yang dapat menggerakkan segala usaha-usaha pembangunan demi kepentingan mereka dan masa depan Terengganu.
Perdana Menteri juga turut yakin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Ahmad Said akan memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang berdedikasi bagi memastikan Terengganu terus unggul dan kebijaksanaan rakyatnya memilih kerajaan BN untuk terus memimpin negeri itu adalah satu tindakan yang tepat.

Leave a Reply